1. Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
2. Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
3. Pendapatan seisi keluarga iaitu;
i. Tidak melebihi atau kurang daripada RM5,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
ii. Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi pemohonan sewa rumah jenis B,C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
iii. Pendapatan bulanan seisi keluarga minimum RM5,000.00 bagi permohonan untuk penyewaan rumah kediaman dengan kadar sewa bulanan RM900.00 dan ke atas.
4. Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
5. Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor; atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon dengan syarat tempat kerja pemohon hendaklah dalam lingkungan 25 km perjalanan; dan
6. Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.
PENANGGUHAN BAYARAN SEWA SKIM SMART SEWA (MORATORIUM)
Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor FASA 2 telah memberi inisiatif kepada peserta Skim Smart Sewa untuk menangguhkan bayaran sewa bagi bulan Oktober, November, Disember 2026
SYARAT-SYARAT & CARA PERMOHONAN BOLEH HUBUNGI TEAM SMART SEWA: 03-5102 9612 (PEJABAT)
Fatehah: 017-9387537 / Shafika: 013-2253365 / Syuhada: 018-9869544 / Shafawi: 011-13020487