PENOLONG EKSEKUTIF PENGURUSAN HARTA

(Graduan baharu digalakkan untuk memohon)

SYARAT KELAYAKAN


1. Memiliki Diploma Penilaian / Pengurusan Harta / Pemasaran atau kelulusan yang setaraf.
2. Berkeupayaan untuk merancang, mengurus dan menyelaras hal-hal berkaitan bangunan dan penyelenggaraan.
3. Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan perundingan yang baik serta daya menyelesaikan masalah.
4. Mahir dalam menggunakan Microsoft Word, Excel, dan Power Point.
5. Jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan.
6. Mempunyai lesen memandu B2 atau D serta mempunyai kenderaan sendiri.
7. Boleh bekerja di PPR Seri Kiambang, Serendah.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


1. Mengurus proses penyewaan hartanah.
2. Berurusan dengan pemaju, penyewa dan persatuan penduduk berkaitan hal-hal penyewaan.
3. Mengutip memantau bayaran sewa dan bil air daripada penyewa.
4. Menerima dan menyelesaikan aduan penghuni berkenaan kerosakan unit.
5. Menyediakan laporan yang berkaitan.
6. Menjalankan tugas yang berkaitan apabila diarahkan oleh Syarikat.

MANFAAT


1. Elaun-elaun tetap bulanan.
2. Caruman KWSP, SOCSO dan ISIP.
3. Manfaat panel klinik.
4. Perlindungan Insuran Kemalangan Berkelompok serta Kad Perubatan.
5. Kenaikan gaji tahunan dan Bonus tahunan (berdasarkan prestasi).
6. Peluang kenaikan pangkat.
7. Gaji permulaan sebanyak RM1,800.00

Cara Memohon:


Hantarkan resume ringkas ke email kerjaya@phssb.com dengan tajuk email Permohonan Jawatan Penolong Eksekutif Pengurusan Harta atau hubungi Puan Aerin Armira di talian 03-5524 0233/0253
Tarikh Tutup Permohonan : 30.04.2024

© Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn Bhd. All Rights Reserved. Designed by PHSSB